PEMULIHAN CARA KERJA HOSPITAL KULIM
![]()
![]()
PENGENALAN PEMULIHAN CARAKERJA
Unit Pemulihan Cara Kerja di Hospital Kulim ini baru sahaja dibuka pada Mac 2002. Unit ini berlokasi di pintu masuk utama berhadapan dengan Unit Pentadbiran, Hospital Kulim. Pada masa ini Unit Pemulihan Carkerja ini dikendalikan oleh seorang Jurupulih dan dibantu oleh seorang Atendan Kesihatan.
Definasi Pemulihan Carakerja
Merupakan satu cara rawatan yang menggunakan aktiviti khusus sebagai rawatan untuk membantu mereka yang mengalami kecacatan fizikal dan / atau mental bagi mencapai tahap kefungsian yang maksima untuk berdikari dari segi fizikal, sosial dan emosi di dalam masyarakat.
OBJEKTIF BAHAGIAN PEMULIHAN CARAKERJA
Memberi rawatan pemulihan kepada pesakit yang mempunyai masalah dari segi kecacatan mental atau fizikal melalui aktiviti khusus supaya mereka dapat berfungi secara berdikari dalam kehidupan harian.OBJEKTIF RAWATAN PEMULIHAN CARAKERJA
Meningkatkan tahap keberdikarian pesakit dalam aktiviti kehidupan harian. Meningkatkan keupayaan fizikal dari segi jarak pergerakan sendi (ROM), kekuatan otot (Muscle Strength), koordinasi dan keseimbangan badan. Meningkatkan kemahiran psikologikal seperti konsentrasi, persepsi, dan komunikasi. Memberi maklumat dan bimbingan tentang penyakit, tahap kefungsian yang dijangkakan, alat bantuan dan adaptasi yang boleh diperolehi.WAWASAN BAHAGIAN
Memberikan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti tinggi untuk semua pelanggan supaya hak-hak pelanggan dapat dipenuhi secara optima.
MISI BAHAGIAN
Berusaha dan berikhtiar untuk membina tenaga kerja yang komited dalam memberi perkhidmatan pemulihan berkualiti kepada semua pelanggan.
Personnel / Organisasi
Unit Pemulihan Carakerja di Hospital Kulim Baru ditubuhkan pada pertengahan bulan Mac 2002. Ia mula beroperasi dengan dikendalikan oleh seorang Jurupulih dan dibantu oleh seorang Atendan.
PEMULIHAN PESAKIT FIZIKAL
Dalam Pemulihan fizikal, Jurupulih Perubatan Carakerja akan memberi rawatan kepada pesakit fizikal di dalam wad dan pesakit luar.
JENIS PESAKIT YANG DIRAWAT :
a) Pesakit dari Unit Orthopedik yang mempunyai kondisi-kondisi
- Kepatahan anggota atas dan bawah (lebih tumpukan pada anggota atas)
- Kecederaan saraf atau tendon
- Amputasi
- Kecederaan tangan
- Arthritis seperti Rheumatoid Arthritis, Osteoarthritis
- Kecederaan KordaSpinal
b) Pesakit dari Unit Surgikal yang mempunyai kondisi-kondisi:
- Luka terbakar
c) Pesakit dari Unit Perubatan yang mempunyai kondisi-kondisi :
Stroke Head Injury ( kecederaan kepala). Penyakit Degeneratif yang mempunyai masalah dalam menjalankan aktiviti kehidupan harian seperti Parkionism, Multiple Sclerosis.d) Pesakit dari Unit Pediatrik yang mempunyai kondisi-kondisi :
- Cerebral Palsy
- Mental Retardation
- Learning and Behavioural problem
- Congenital Deformity Contoh CTEV
- Muscular Dystrophy
RAWATAN YANG DIBERIKAN KEPADA PESAKIT :
Penilaian dan latihan untuk meningkatkan tahap berdikari dalam aktiviti kehidupan harian. Contoh: makan, menulis, memakai baju dsb Meningkatkan julat (R. O. M.) sendi tertentu Meningkatkan kekuatan otot dan koordinsi Latihan senaman aktif / pasif Merangsang ambulasi Spint / Orthosis Pressure Garment Meningkatkan / mengekalkan kefungsian fizikal / cognitif Penilaian dan latihan Penilaian dan latihan semula pekerjaan / pre-vocational