SAMBUTAN HARI TIBI PERINGKAT NEGERI KEDAH

Sambutan Hari Tibi Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Perkarangan Muzium Arkeologi Lembah bujang, Merbok pada 27 April 2003. Perasmian telah dilaksanakan oleh YB Hajah Rosnah Abd Majid (ADUN Tanjung Dawai). Majlis ini telah dihadiri oleh lebih kurang 500 orang yang terdiri dari jemputan khas, kakitangan kesihatan, hospital dan pergigian serta orang awam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut :

Pada majlis tersebut juga penghargaan telah diberikan kepada pesakit Tibi yang telah mendapatkan rawatan dan juga keluarga yang memberikan sokongan semasa rawatan. YB Hajah Rosnah Abd Majid juga telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan mewarna. Turut diberi penghargaan ialah Pengarah Muzium Arkeologi, Guru Pembimbing Boria, Tuan Imam Masjid Merbok, Penyelia KEMAS dan Maidin serta Rosli.

laman utama : kempen semasa