HOSPITAL KULIM, KEDAH DARUL AMAN
KEARAH PENSIJILAN MS ISO 9001Langkah pertama bermula pada pertengahan tahun 1997.
Pengenalan serta pendedahan anggota hospital kepada Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 : 1994
Latihan dokumentasi
Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa (Induk, latihan dan Kajian Kepuasan Pelanggan)
Latihan serta perlantikan Juru Audit Dalaman
Pada 20 Disember, 2000 Hospital Kulim telah melaksanakan Sistem Kualiti MS ISO 9000 : 1994 secara rasmi yang dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Shafie bin Uyob.
Audit Kualiti Dalaman yang pertama telah diadakan pada 14 dan 15, Mei, 2001
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan pertama telah diadakan pada 11 Julai, 2001
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan telah diadakan dari masa kesemasa mengikut keperluan.
Beberapa siri taklimat MS ISO 9000 serta Prosedur-Prosedur Unit dan Am kepada Anggota Hospital telah diadakan mulai 29 September hingga 9 Oktober, 2001 bagi tujuan pendedahan.
Mesyuarat khas persiapan menjelang Audit Pematuhan telah diadakan pada 10 Oktober, 2001
Audit Pematuhan telah dijalankan oleh pihak MAMPU pada 15 hingga 18 Oktober, 2001
Mesyuarat JK Pengurusan bagi membincangkan laporan penemuan audit oleh MAMPU serta mengambil tindakan pembetulan kpd ketakakuran diadakan pada 21 Oktober, 2001
Semua ketakakuran telah diambil tindakan dan dibuat pembetulan dan diserahkan kpd MAMPU sebelum 31 Oktober, 2001.
Audit Kualiti Dalaman kedua telah diadakan pada 2 Disember, 2001
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusaan kedua bagi tahun 2001 diadakan pada 29 Disember, 2001
Pada 15 Januari, 2002 MAMPU telah mengeluarkan Perakuan Persijilan MS ISO 9000 : 1994 kepada Hospital Kulim melelui surat UPTM 159/247/31 Klt.8 bertarikh 22 Januari, 2002
Pensijilan serta penyampaian Sijil MS ISO 9000 kepada Hospital Kulim telah diadakan di Hotel Concord Shah Alam pada 7 Mei, 2002
Fasilitator-fasilitator dari Hospital Kulim telah diberi kepercayaan utk melatih anggota-anggota dari Pejabat Kesihatan Negeri, PKD serta Hospital-hospital Negeri Kedah. Beberapa sessi latihan dan bengkel telah diadakan berkenaan dengan Dokumentasi dan Audit Kualiti Dalaman
Audit Kualiti Dalaman pertama bagi tahun 2002 telah diadakan pada 27 Mei hingga 3 Jun, 2001
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan pertama bagi tahun 2002 telah diadakan pada 4 Julai, 2002.
Pada 26 Oktober, 2002, Mesyuarat Pembukaan Audit Kualiti Dalaman ke dua telah diadakan dan seterusnya proses auditan dilaksanakan.
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan buat kali terakhir telah diadakan pada 22 Disember, 2002 bagi versi MS ISO 9000 : 1994 dan seterusnya persediaan melangkah ke Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 : 2000 giat dilaksanakan.
Taklimat Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 : 2000 telah di adakan buat pertama kali dalam bulan Disember 2002. Taklimat telah diberi oleh Pengarah Hospital Kulim (Dr. Harif Fadzilah)
Taklimat Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 : 2000 Manual Kualiti telah di adakan pada 20 Februari 2003. Taklimat telah diberi oleh Pengarah Hospital Kulim (Dr.Harif Fadzilah).
Taklimat Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 : 2000 Audit Dalaman telah diadakan pada 6 Mei 2003.