KESIHATAN DAERAH LANGKAWI
MALAM MESRA SEMPENA HARI JURURAWAT
Sempena Hari Jururawat pada 12 Mei 2003, Jururawat Daerah Langkawi anjuran bersama Hospital Langkawi dan Kesihatan Langkawi mengadakan Malam Mesra Jururawat di Hotel Aseania, Ianya dihadiri oleh 100 orang kakitangan wanita dan bermula pada jam 8.00 malam hingga 12.30 malam.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk cabutan bertuah untuk semua yang hadir dan persembahan dari tiap-tiap unit. Pihak hotel juga menyumbangkan persembahan merupakan rangkaian tarian-tarian Malaysia selama kira-kira 45 minit.
KURSUS PERASA DAERAH LANGKAWI
Kursus PERASA ( Pembimbing Rakan Sekerja ) yang pertama anjuran Hospital Langkawi bersama Pejabat Kesihatan Langkawi dan Klinik Pergigian Langkawi diadakan di Sekolah Latihan Kesihatan Jitra pada 19 Mei 2003 hingga 22 Mei 2003 bagi semua anggota Perubatan, Kesihatan dan Pergigian. Ianya melibatkan 40 orang peserta termasuk empat orang dari Hospital Jitra. Aktiviti kembara diadakan di sekitar Pekan Jitra yang melibat semua peserta.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian), Dr Hashim bin Che Ahmad pada 22 Mei 2003, jam 12.30 tengahari. Semoga kursus ini memberi galakan kepada semua anggota mempertingkatkan lagi mutu kerja.
laman utama : berita pengurusan