KONVENSYEN PROSTAR PERINGKAT NEGERI KEDAH KE 7
Konvensyen PROSTAR Negeri Kedah kali ke 7 telah diadakan di Gunung Jerai Resort bermula 27 Mei 2003 hingga 29 Mei 2003 yang bertemakan " PROSTAR Aktif, Remaja Positif " Objektif konvensyen PROSTAR ini dijalankan ialah untuk menanam sikap positif di kalangan remaja supaya menghindari tingkahlaku berisiko tinggi yang boleh membawa kepada jangkitan HIV serta perihatin masalah sosial yang melanda remaja masa kini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Badruddin Amirruldin selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.
Berbagai aktiviti telah dijalankan sempena hari tersebut iaitu pameran, senamrobik, persembahan projek, pertandingan laman web, 'jalan-jalan cari kawan' dan ceramah motivasi. Kelab PROSTAR Daerah Padang Terap telah menjadi johan keseluruhan diikuti dengan PROSTAR Daerah Pendang dan PROSTAR Yan ditempat ke dua dan ketiga. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato' V. Saravanan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Negeri Kedah Darul Aman.
![]()