KURSUS INTERAKSI BERKESAN

Hospital Alor Star (HAS) telah mengambil inisiatif bagi mengendalikan kursus Interaksi Berkesan kepada anggota hospital dari pelbagai kategori, iaitu Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan, Jururawat, atendan dan sebagainya. Program ini dirancang bagi sepanjang tahun 2003 yang akan melibatkan seramai 700 anggota. Ia dilaksanakan melalui 20 sesi yang bermula dari 10 Februari berakhir 16 September 2003.

PENGENALAN

Kemahiran berinteraksi adalah amat penting kepada seluruh anggota KKM. Ini kerana pengurusan kesihatan melibatkan perhubungan kemanusiaan antara pengurus dan anggotanya, antara anggota dan pelanggan (pesakit) dan masyarakat keseluruhannya.

OBJEKTIF KURSUS

1. Menyedar dan mempraktikkan beberapa kemahiran berinteraksi dengan berkesan.
2. Menyenaraikan beerapa faedah berkomunikasi.
3. Membincangkan kemahiran mendengar, menyoal, menjawab dan respons yang berkesan sebagai warga kesihatan.
4. Membincangkan berkaitan interaksi positif di tempat kerja bersama pelanggan dalam dan luar.

KAEDAH PERLAKSANAAN

1. Role play
2. Ceramah
3. Perbincangan
4. Berbincang senario yang berlaku di tempat kerja melalui video

KEBERKESANAN

Jawatankuasa telah pun membuat penilaian melalui pemerhatian (observation). Didapati setakat bulan Jun 2003, surat teguran dari pelanggan tidak lagi diterima. Bermakna kursus ini dapat membantu warga hospital melaksanakan aktiviti komunikasi dengan lebih berkesan.

laman utama : berita pengurusan