PERSIDANGAN PENGURUSAN PERINGKAT JABATAN

Persidangan Pengurusan Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 25 Februari 2003 hingga 27 Februari 2003 bertempat di Mutiara Pedu Lake Resort. Tema persidangan ialah 'Peranan Pengurusan Didalam Kecemerlangan Organisasi'. Objektif persidangan antara lain ialah ;

Seramai 60 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti manakala penceramah-penceramah adalah dikalangan anggota pengurusan sendiri. Satu naskah buku ‘Panduan Pengurusan’ telah disampaikan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Kedah oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dalam satu majlis ringkas di akhir persidangan.

PERSIDANGAN TEKNIKAL DI CINTA SAYANG

Persidangan Teknikal Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 14 April 2003 bertempat di Cinta Sayang Golf And Country Resort, Sungai Petani. Objektif persidangan ialah ;

Sejumlah 41 kertas kerja dibentangkan secara lisan dan yang lain-lain dibentangkan secara persembahan poster. Adalah diharapkan persidangan ini akan memberikan banyak menafaat kepada anggota-anggota untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman.

laman utama : berita pengurusan