Kecergasan
Kecergasan
bermaksud berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental,
berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa merasa letih
atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah di samping
itu masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga
dan kecemasan.
Aktiviti
Fizikal
Aktiviti
fizikal bermaksud semua pergerakkan tubuh badan yang menggunakan tenaga.
Ini termasuk semua pergerakkan badan seperti duduk, bangun, berjalan,
berlari, melompat, mendaki dan lain-lain aktiviti rekreasi.
Senaman
Senaman
adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan
dalam jangka masa tertentu, berulangkali bertujuan meningkatkan tahap
kecergasan dan kesihatan.
Rekreasi
Rekreasi
adalah aktiviti yang boleh dilakukan di luar rumah dan di luar sekolah.
Ianya boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan. Aktiviti rekreasi
boleh menenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh badan.
Faedah
Senaman
- Meningkatkan
kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem edaran darah.
- Meningkatkan
kecekapan pergerakkan dan kelembutan badan.
- Memperbaiki
tonus dan postur.
- Menambahkan
kekuatan dan daya tahan otot.
- Membantu
mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan.
Kaedah
Bersenam - Memanaskan Badan
- Meninggikan
suhu otot dan suhu badan keseluruhannya.
- Memberi
isyarat kepada jantung dan paru-paru untuk bersedia menampung keperluan
aktiviti kecergasan berterusan.
- Mengelakkan
kecederaan pada otot-otot ligamen dan sendi.
- Meningkatkan
prestasi dalam melaksanakan aktiviti atau sukan.
- Ukur
nadi diwaktu rehat dengan cara meletakkan jari di tempat denyutan
pangkal tangan sebelah kiri
Kaedah
Senaman - Regangan
- Jangan
paksakan sesuatu pergerakan.
- Jangan
mengulang-ulang pergerakan regangan.
- Gerakkan
anggota berkenaan kepada kedudukan yang paling tegang secara beransur-ansur
dan kekalkan.
- Bernafas
secara normal dan jangan hentikan pernafasan kerana ini akan menegangkan
lagi otot.
- Kekalkan
regangan itu selama 10 – 30 saat.
Faedah
Regangan
- Sendi-sendi
bergerak dengan licin tanpa rintangan.
- Mengurangkan/mengelakkan
penyakit ‘Muskulo Skeletal’.
- Mengelakkan
kecederaan pada otot tendon/ligamen.
- Mempercepatkan
peredaran darah.
- Benarkan
pergerakan maksima.
- Cepatkan
pembuangan kumuh supaya tidak terasa sakit/tegang otot.
- Rehatkan
otot-otot yang tegang oleh kerana terasa sakit/tegang otot.
- Darah
tidak terkumpul di bahagian tertentu.
- Mengekalkan
kelembutan.
Kaedah
Bersenam - Aktiviti Senaman
- Perlu
lakukan 3-5 kali seminggu dalam tempoh 20 minit setiap kali. Boleh
dilakukan secara berterusan atau kumulatif dalam sehari.
- Pelbagaikan
jenis senaman yang boleh dilakukan seperti bercorak aerobik (contoh
berbasikal, berenang, berjalan pantas, berjoging, atau aktiviti yang
banyak menggunakan pergerakan.
- Bersenam
sehingga mencapai kadar nadi latihan masing-masing ( 120-150 denyutan/minit).
Panduan
Bersenam
- Pakai
pakaian yang sesuai.
- Elak
dari bersenam dan bersukan dalam tempoh 2 jam selepas makan.
- Minum
air secukupnya.
- Berhenti
bila merasa semput atau sakit dada.
- Lakukan
joging atau berlari menyonsang arah lalu lintas.
- Gunakan
alat pemantul cahaya pada baju ketika bersenam di waktu gelap (malam/awal
pagi).
|