Kursus Penyuntingan Video Digital
![]() ![]() ![]() |
Unit Promosi Kesihatan telah mengadakan Kursus Penyuntingan Video Digital pada 18 - 20 Mac 2002. Kursus tersebut telah diadakan di Institut Pengurusan Kedah dan melibatkan 9 orang peserta dan 2 orang fasilitator. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan anggota kesihatan yang berpengetahuan dalam bidang yang berkaitan dengan audio visual iaitu penerbitan video digital. Memandangkan konsep info semasa berteraskan era digital, kursus ini telah dipersembahkan dengan aplikasi yang merangkumi konsep digital sepenuhnya. Penyuntingan Video Digital ini telah menggunakan platform Apple Macintosh (hardware dan software). Aplikasi yang digunakan ialah iMovie (penyuntingan) dan Toast Titanium (encode). Aplikasi iMovie telah digunakan secara bersepadu dengan aplikasi Macintosh yang lain seperti iTunes dan iPhoto. Aspek-aspek yang diberikan sepanjang kursus ialah :
Melalui pembahagian kumpulan peserta telah menjalani praktikal pengambaran video digital seterusnya penyuntingan dan menghasilkan 3 produksi dengan konsep dan persembahan menarik dan berbeza berdasarkan latihan yang diberi. |