HEALTHY CITY SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA KEDAH MAJU 2010
![]()
Pelancaran Langkawi Healthy City atau Langkawi Bandaraya Sejahtera telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Setia Diraja Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain, Menteri Besar Kedah pada 30 April 2003, di Persiaran Pandak Mayah, Langkawi. Dalam ucapan perasmian YAB Menteri Besar menegaskan bahawa Langkawi Healthy City adalah hak yang dikongsi bersama kerajaan dan rakyat, oleh itu adalah tanggongjawab setiap agensi kerajaan, NGO dan penduduk Langkawi untuk menjaga dan mengekalkan Langkawi sebagai Healthy City dengan ciri-ciri berikut :
- Bersih dan selamat ditempat tumpuan awam dan pelancongan
- Mesra Ekosistem
- Ekonomi yang merangsang untuk penduduk
- Mengekalkan sejarah dan kebudayaan
- Perkhidmatan kesihatan yang baik
- Taraf kesihatan penduduk yang memuaskan
- Penduduk yang bersopan,mesra dan mempunyai pegangan agama
- Kemudahan asas saperti bekalan air, elektrik, pengangkutan, perumahan, telefon dan sebagainya
- Kemudahan tempat rekreasi
Tanggungjawab kerajaan menyedia pelbagai kemudahan dengan perbelanjaan berjuta ringgit tidak tentu akan mengekalkan Langkawi sebagai Healthy City, sekiranya sikap dan amalan penduduk masih ditahap yang lama, saperti pembuangan sampah dimerata tempat, termasuk di sungai dan pantai, merosakkan kemudahan awam dan sebagainya. Dengan teraju utama Majlis Perbandaran Langkawi dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, serta penglibatan dari semua pihak, Langkawi Healthy City akan menjadi pemangkin kearah Kedah Maju 2010. Dengan gabungan ciri Healthy City dan Local agenda 21 yang menekankan kapada pembangunan fisikal, sosial dan alam sekitar, ianya akan mengukuhkan lagi kearah mencapai matlamat tersebut.
![]()
![]()
Diantara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah ;
- Pameran oleh pelbagai agensi kerajaan, Jabatan Kesihatan, UPEN, Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi, LADA, Jabatan Pertanian, PDRM, Majlis Perbandaran
Langkawi.- Persembahan dijayakan oleh kumpulan kebudayaan Langkawi .
Majlis tersebut dihadiri oleh lebih kurang 1000 orang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli politik, ketua masyarakat, wakil NGO dan penduduk Langkawi.