PERASMIAN HOSPITAL LANGKAWI

Setelah beroperasi selama lebih tujuh tahun Hospital Langkawi telah di rasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Ibni Al Marhum Sultan Badlishah pada 22 Januari 2003. Hospital Langkawi terletak di Bukit Tekuh, 7 kilometer dari Bandar Kuah, 9 km dari jeti Kuah, 10 km dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Padang Mat Sirat. Terletak di satu kawasan seluas 53 ekar. Pembinaan bermula pada 9 Jun 1994 dan disiapkan pada 15 Nov 1995. Mula beroperasi pada 22 Nov 1995.


Sebuah projek turnkey dengan kontraktor utama Skanska Pamarajv dari Sweden dengan kos 66.5 juta. Berstatus hospital dengan pakar dengan skop projek terdiri dari blok utama hospital, blok sokongan hospital, 45 unit kuarters kediaman dan asrama jururawat berkapasiti 110 bilangan katil. Perkhidmatan Hospital Langkawi terdiri dari pengurusan, pesakit luar, pesakit dalam dan khidmat sokongan. Sehingga Disember 2002 hospital ini mempunyai seramai 233 orang kakitangan semua kategori. Hospital ini juga mempunyai perkhidmatan Haemodialisis yang mula beroperasi pada 15 Febuari 1997. Mengamalkan hospital rakan bayi dan hospital rakan suami.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Ming dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah turut hadir mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Anakanda Baginda Tengku Intan Shafinaz. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan pancaragam Polis Diraja Malaysia, persembahan koir dari Kolej Kejururawatan dan Kolej Pembantu Perubatan Alor Star. Sempena majlis ini juga Hospital Langkawi telah mengadakan pertandingan bayi sihat dan unit tercantik.

laman utama : berita utama : langkawi healthy city